Antara yang telah biasa dilakukan di Malaysia adalah ahli keluarga si mati akan menyediakan makanan untuk kenduri tidak kira samaada sebelum pengebumian si mati atau selepas. Sebelum pengebumian para tetamu datang membacakan yasin untuk si mati kemudian ahli keluarga menyediakan makan dan minum. Selepas pengebumian pula ia dilakukan secara berperingkat, ada yang selama tujuh hari, ada yang 40 hari, bahkan ada yang sehingga 100 hari. Dalam semua yang disebutkan ini, keluarga simati telah menyediakan makanan dan minuman ataupun dengan lebih mesra kita sebut sebagai Kenduri Arwah.
Dalam kita menjalani kehidupan ini, banyak perkara kita mahukan bukti sebelum kita mempercayainya, tetapi dalam bab agama adakah kita begitu?
Dalam kita menjalani kehidupan ini, banyak perkara kita mahukan bukti sebelum kita mempercayainya, tetapi dalam bab agama adakah kita begitu?
Lebih-lebih lagi dalam bab agama perlu ada bukti, dari mana datang bukti ini? Adakah dari Unit forensik polis atau dari kamera Litar Tertutup atau dari mana?
Agama ISLAM datang dari ALLAH disampaikan melalui nabi Muhammad Rasulullah. Kalau dibandingkan zaman sekarang seperti posmen yang hantar surat. Surat dan isi kandungannya dari anda, untuk disampaikan kepada orang yang anda mahu. Tugas posmen sampai di situ sahaja, tidak lebih. Tetapi tugas RASUL bukan hanya menyampaikan sahaja malah mengajarkan kepada umat manusia apa yang perlu dilakukan untuk kesejahteraan dalam hidup di dunia ini.
Jadi kalau anda mahukan bukti (bahasa arab disebut dalil) maka cari lah dalam al-quran dan Sunnah nabi.
bersambung.....