Thursday, September 11, 2008

menjelang raya......fakir dan miskin

Hari raya hari gembira buat orang islam, setelah berjaya mengharungi cabaran bulan puasa yang berbeza-beza kadar kesusahannya bagi setiap orang. bagi yang bekerja ditengah2 air-con, tentu tidak terasa penat, tenaga yang dikeluarkan amat minima. bagi orang2 kampung yang mengejarkan kebun2 dan tanah bendang, tentu sekali amat terasa letih kerana penggunaan tenaga yang luarbiasa sekali. namun kadang2 hasil yang di tunggu2 mati diserang serangga perosak.

Tapi adakah yang kerja dalam air -con itu selalunya kaya, dan yang kerja di sawah bendang itu selalunya miskin? ia tidak boleh di ukur secara demikian. 

Orang miskin dari segi istilah syarak bermaksud golongan yang hasil yang diperolehi hanya cukup-cukup. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Fakir pula bermaksud gologan yang hasil perolehannya tidak cukup.

PENERANGAN:

kalau dia terima gaji sebulan sekali, maka dikira adakah cukup untuk sebulan?. kalau gajinya seminggu sekali, maka cukupkah untuk seminggu dengan gaji yang diterima?

kalau cukup-cukup sahaja maka dia miskin. kalau tidak cukup maka dia fakir.

jadi apakah perkara yang perlu diukur untuk menentukan cukup atau tidaknya.

1- keperluan:

a- segala yang berkaitan rumah seperti sewa rumah (pastikan jenis rumah, kalau kondo dikira kaya)  di bandar besar sewa rumah tinggi, biasanya dalam lingkungan hingga RM400, ini bagi rumah kos rendah dikampung-kampung mungkin berbeza,

b- makan dan minum, perlu dipastikan tiada dalam isi rumah yang obesiti disebabkan makan disitu, takut2 duit habis disebabkan makannnnn jer.

c-pakaian, wajib menutup aurat seisi keluarga kecuali dalam rumah. jadi perlu beli pakaian yang dengannya dapat tutup aurat.

d- bil utiliti (air, letrik) penggunaan nya  bagaimana? adakah sekadarnya atau melampaunya? zaman dahulu ia tidak dianggap sebagai keperluan, tetapi ia telah bertukar menjadi keperluan pada zaman ini.

e- kenderaan ringan: contoh motor (bukan LC ok) yang digunakan untuk mencari rezeki. yang tanpanya amat sukar untuk ketempat kerja. kalau kereta...emmm saya tak pasti. 

jika segala perkara di atas telah disempurnakan dengan penuh kesederhanaan dan tiada baki untuk perbelanjaan lain maka dia di iktiraf oleh syara' sebagai miskin. sekiranya tidak mencukupi maka dia adalah fakir.

di sisi syarak tidak perlu untuk membayar zakat fitrah. dia dan keluarganya sebenarnya sedang mengalami kesusahan hidup. tidak perlu disusahkan lagi untuk mengeluarkan zakat fitrah kerana secara fitrahnya dia tidak mampu untuk berbelanja untuk dirinya dalam perkara selain dari perkara keperluan dia dan keluarganya sahaja. maka untuk apa dia keluarkan zakat, harta dia yang mana yang nak di sucikan padahal setiap bulan tiada lebihan. 

harta yang perlu disucikan adalah lebihan dari hasil yang kita dapat berdasarkan syarat2 tertentu. cukup nisab (kadar yang ditentukan oleh jabatan agama) dan cukup tempoh. ia berbeza bagi setiap jenis zakat.

tapi tahukah mereka bahawa mereka itu tidak layak berzakat tetapi ada dikalangan mereka yang ber zakat fitrah kerana mereka rasakan seolah-olah perkara itu wajib ke atas mereka. mereka perlu tahu bahawa mereka tidak perlu berbuat demikian. itu adalah perkara yang telah nyata sebagaimana yang telah disebutkan oleh ulama-ulama silam. 

menjelang raya.....zakat

tak lama lagi kita semua akan menyambut raya, antara perkara yang perlu diambil berat sebelum ketibaan raya ialah mengeluarkan zakat fitrah, tapi istilah zaman sekarang ni bayar zakat. 

ada perbezaan antara mengeluarkan zakat dengan bayar zakat. bayar zakat ia lebih dikaitkan dengan pertukaran sesuatu nilai yang lain, contoh pergi ke kedai bayar RM 5 ringgit tentu kita akan tertanya tanya untuk apa bayaran ini? tentulah untuk barangan yang kita ambil. ia tak sesuai dengan zakat kerana zakat bukan untuk tukaran dengan sesuatu.

perkataan arab dipanggil اخراج الزكاة iaitu mengeluarkan zakat, jadi lebih baik disebut mengeluarkan zakat, atau berzakat.